Ads Top

Main Ad

‘Untuk Kembali Seperti Biasa, Memang Tidak’ – Lufya Maafkan Fara Hanim

Pelakon Lufya Omar memaklumkan dirinya telah pun menerima permohonan maaf daripada pengacara Fara Hanim Razak atas sebab menuduh Lufya merupakan antivaksin.

BACA: Berjiran Dengan Artis Antivaksin, Fara Hanim Bagi Klu Nama Mula Huruf RR Dan LL

Baru-baru ini tular cerita dimana Fara Hanim menuduh pelakon Rita Rudaini dan Lufya Omar antivaksin di akaun Twitter nya tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu telah mengundang perasaan marah kepada kedua-dua pelakon tersebut.

lufya omarSumber : Instagram Lufya Omar  

Kata Lufya ketika ditemubual oleh mStar,

Saya sedar dia ada muat naik permohonan maaf di Instagram malam Ahad. Apa yang saya boleh katakan, saya maafkan dia tapi dengan syarat dia tidak ulang kesilapan itu pada saya atau rakan artis lain atau sesiapa saja.

Maafkan itu memang boleh tapi untuk kembali seperti biasa, memang tidak. Sebenarnya saya sudah anggap dia seperti adik dan selalu juga saya hantar kek yang saya jual pada dia.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by FARAHANIMRAZAK (@farahanimrazak)

Dalam pada masa yang sama, Lufya berkata dia dan Rita pernah membincangkan hal mengenai vaksin di mana Fara juga ada bersama mereka ketika itu namun hanya berdiam diri tanpa berkata apa-apa.

Menurut Lufya, dalam perbualan dia diantara Rita tidak ada sekali pun mereka menyebut atau mengeluarkan perkataan anti vaksin, malah kini mereka berdua sedang menunggu untuk mendapatkan suntikan vaksin seperti orang lain juga.

The post ‘Untuk Kembali Seperti Biasa, Memang Tidak’ – Lufya Maafkan Fara Hanim first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.