Ads Top

Main Ad

Warnakan Rambut Anak Dengan Warna ‘Blonde’, Lan Solo Dan Isteri Dikritik Warga Maya

Hanya memenuhi kemahuan anak, isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Hasim meluahkan rasa lega kerana sempat membawa anak-anaknya mewarnakan rambut sempena hari lebaran ini sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada hari ini.

Ujar Sheila menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, suaminya itu terpaksa berhabis duit hanya kerana ingin melayan permintaan empat orang anaknya yang ingin mewarnakan rambut mereka.

Advertisement
Isteri Lan SoloSumber : Instagram Sheila Razlan  

“Nasib baik sempat pergi blonde rambut! PKP wak..malas dan KY nak fikir kenapa dan kenapa.. Awak semua tau tak..buat rambut diorang berempat ni je, boleh botak kepala daddy beliau tau. Takkan tu pun nak kecam, duit daddy depa..bukan duit ampa..” tulisnya di hantaran tersebut.

Sheila dalam pada itu turut berharap agar Lan akan memberikan sesuatu untuk dirinya nanti.

View this post on Instagram

A post shared by LAN SOLO • KRISTALx (@lansolo_official)

Hanya ingin berseloroh bersama peminat serta pengikut media sosialnya, entri Sheila itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Ada juga yang mempersoalkan keperluan mewarnakan rambut si kecil kerana masing-masing lagi bersekolah.

“Nak tanya je..boleh ke rambut colout pergi sekolah?” tanya seorang netizen.

Terdahulu, Sheila dan Lan Solo telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya,9, Nur Amna Qeesyara,6, Muhammad Akid Qassyaff,5, dan Nur Amna Quxandra yang kini berusia 3 tahun

The post Warnakan Rambut Anak Dengan Warna ‘Blonde’, Lan Solo Dan Isteri Dikritik Warga Maya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.