Ads Top

Main Ad

Achey Simpan Harapan Dapat Beraksi Di Pentas AJL

Pelawak yang kini sudah bergelar sebagai penyanyi, Achey Bocey menyimpan harapan agar satu hari nanti dia dapat beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) menyanyikan lagunya.

BACA: Achey Bocey Ajak Buat Single Lagu Bersama, Hairul Azreen Minta Doa Buat Petunjuk Dulu Sebelum Bersetuju

Advertisement

Achey atau nama sebenarnya ialah Mohd Nasir Hamzah meluahkan hasratnya itu ketika mempromosikan single terbaru beliau bertajuk Sembuh yang telah dilancarkan pada 5 Jun lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Saya sebenarnya menyimpan hasrat daripada muncul single pertama, Yang Terindah. Sudah pernah masuk pencalonan Muzik Muzik, namun tidak melepasi peringkat seterusnya. Harapan untuk single terbaharu, Sembuh tidak banyak, cuma harap mendapat sambutan baik dan tontonan tinggi. Jika dapat membolosi pentas AJL dikira bonus besar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung)

Advertisement

Tambahnya lagi, gelaran sebagai seorang pelawak telah membuka ruang untuk dirinya meneroka cabang seni lain dan dia beranggapan tidak salah untuk dirinya berharap agar dapat menjadi penyanyi profesional.

Achey BoceySumber : Instagram Achey  

 

Single Sembuh hasil karya Achey sepenuhnya mendapat sambutan yang menakjubkan setelah seminggu video muzik tersebut dilancarkan, ia telah meraihkan hampir 500,000 tontotan dan masih kekal berada di carta trending.

The post Achey Simpan Harapan Dapat Beraksi Di Pentas AJL first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.