Ads Top

Main Ad

“Alhamdulillah, Kaki Bayi Panjang..” Youtuber Maryam You Narae Umum Hamil Anak Perempuan

Selebriti media sosial dan juga Youtuber terkenal dari Korea Selatan, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam dalam kalangan peminat ada mengumumkan perkhabaran gembira mengenai kehamilannya, baru-baru ii.

Khabarnya, dia bakal melahirkan anak perempuan tidak lama sahaja lagi. Berita tersebut diumumkan Maryam menerusi satu hantaran video di YouTube rasmi miliknya dan suami, Ryzal.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Dalam video tersebut, Maryam memberitahu bahawa dia baru sahaja pulang dari pemeriksaan doktor dan bayi dalam kandungannya itu sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah.

“Doktor juga ada bagi gambar bayi dalam kandungan anda boleh lihat. Maryam nak bagitau yang bayi ini adalah perempuan. Alhamdullilah..”

Tampil berseloroh, Maryam juga memaklumkan bahawa kaki bayinya itu panjang seperti dimaklumkan doktor yang memeriksa kandungannya itu.

Advertisement

“Alhamdullilah, kaki pun panjang, good tak pendek..” katanya sambil bergurau apabila membandingkan ketinggiannya dengan Ryzal.

 
Meninjau ruangan komen, ramai peminat turut gembira melihatkan keadaan Maryam yang kembali ceria setelah diuji dengan pelbagai kontroversi sebelum ini.

Peminat juga mengucapkan tahniah dan berharap keduanya berada dalam keadaan sihat sehingga bayi dilahirkan kelak.

BACA: “Tolong Jangan Hina Anak Saya Yang Masih Belum Lahir..” Ryzal Ibrahim Mohon Henti Doa Yang Tak Baik Pada Kandungan Isteri

The post “Alhamdulillah, Kaki Bayi Panjang..” Youtuber Maryam You Narae Umum Hamil Anak Perempuan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.