Ads Top

Main Ad

Alicia Amin Rancang Tambah Koleksi Tatu, Tak Kisah Dikecam

Tidak kisah dikecam, pelakon dan model kontroversi, Alicia Amin mengakui bahawa dia bercadang untuk menambah lebih banyak koleksi tatu pada tubuh badannya selepas ini.

Perkara tersebut dikongsi Alicia menerusi hantaran media sosial Instagram setelah ditanyakan peminat mengenai pemilihan tatu yang bakal dilakukannya nanti.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Ujar Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin,26, dia tidak akan mencacah tatu bermotifkan orang yang masih hidup dan seumpamanya.

“Saya tidak akan mencacah tatu orang hidup pada badan. Mungkin saya akan memilih tatu bermotifkan penghormatan tetapi tidak sesekali wajah yang sebenar.” tulisnya di Instastory.

Jelas bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima ini lagi, dia mungkin akan memilih tatu bermotifkan anime Dazai, iaitu karakter dalam siri Bungo Stray Dogs.

View this post on Instagram

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Terdahulu, pelakon drama Meh Sandar Lagi ini pernah dikritik netizen kerana membela anjing sebagai haiwan peliharaan selain mengakui dirinya masih meminum minuman beralkohol sehingga ke hari ini meskipun statusnya sebagai seorang muslim.

BACA: “Saya Tak Akan Berpura-Pura..”- Mengaku Minum Arak Secara Terbuka, Alicia Amin Dikecam Lagi

Powered by Blogger.