Ads Top

Main Ad

Anak Arwah Abam Kini Genap 2 Tahun, Netizen Doa Nor Hidayah Sentiasa Tabah

Baru-baru ini, balu kepada pelawak dah pelakon arwah Abam Bocey, Nor Hidayah memuatnaik sebuah hantaran gambar di akaun Instagramnya memberi ucapan buat ulang tahun kelahiran anak tunggalnya yang kini genap 2 tahun iaitu Syed Uthman Hamzah.

BACA: “Hamzah Masih Lagi Memanggil Ayah”, Sambutan Syawal Balu Arwah Abam Bocey Dipenuhi Kesedihan

Advertisement

Hidayah atau nama sebenarnya Nor Hidayah Mohd Ali mendoakan anak lelaki satu-satunya itu sentiasa kekal menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti buatnya.

Selamat Hari Raya anak ibu Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar genap 2 tahun 14/6/2021. Semoga menjadi anak yang soleh berbakti kepada orang tuamu Ibu Ayah sentiasa mendoakanmu nyawaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam)

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meninggalkan ucapan hari lahir buat anak lelakinya itu dan turut berharap agar Hidayah sentiasa tabah menghadapi ujian hidup.

Nor Hidayah Balu AbamSumber : Instagram Nor Hidayah  

 

Sedia maklum, Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 yang lalu di kediamannya, Gombak atas sebab demam panas.

The post Anak Arwah Abam Kini Genap 2 Tahun, Netizen Doa Nor Hidayah Sentiasa Tabah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.