Ads Top

Main Ad

Bantu Peniaga Kecil, Anak DS Ismail Sabri Buka Platform Promosi Perniagaan

Anak kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Datin Nina Ismail Sabri dilaporkan telah membuka platform media sosial miliknya untuk membantu peniaga-peniaga kecil mempromosikan perusahaan mereka sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh yang bermula semalam.

Nina juga difahamkan telah menyediakan ruang khas buat peniaga berniaga secara kecil-kecil tanpa caj perkhidmatan.

Perkara tersebut dihebahkan Nina menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by Nina Sabrina Ismail Sabri (@ninaismailsabri)


“Tiada caj dan tak perlu hantar apa-apa barang okay. Saya hanya perlukan maklumat sahaja. Kalau ada website boleh bagi website, jadi saya boleh lakukan swipe up untuk link berkenaan. Untuk yang bukan peniaga, tolong support mereka okay.”


Nina yang mempunyai hampir 503,000 pengikut media sosial sedikit sebanyak dilihat telah membantu peniaga yang terjejas akibat perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baru ini.

Terdahulu, Sekatan Pergerakan Penuh fasa pertama telah mula dilaksanakan sejak semalam secara menyeluruh di seluruh negara selama tempoh 14 hari.

The post Bantu Peniaga Kecil, Anak DS Ismail Sabri Buka Platform Promosi Perniagaan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.