Ads Top

Main Ad

Bayi Dalam Perut Buat Tanda ‘Good’, Elly Mazlein Syukur Anak Dalam Kandungan Sihat

Penyanyi, pelakon dan personaliti TV, Elly Mazlein yang lebih mesra disapa sebagai Kak Lina menzahirkan perasaan syukur kerana anak dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat walafiat.

Perkara tersebut dikongsikan Elly menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah foto sonogram yang memaparkan imej bayinya itu seolah-olah sedang membuat tanda ‘bagus’ di jari.

“Baby cakap, cantikkkkk dikk. Tengok tu ibu jari dia..Mama geram da. Syukur Alhamdullilah baby sihat dan mamat pun sihat. Doakan Kepom dan baby selamat ya kesayangan..”

Penyanyi lagu Dusta Cinta ini dalam pada masa yang sama turut mendoakan mereka di luar sana yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat agar dipermudahkan urusan dan terus kekal berusaha dan berdoa kepada Illahi.

View this post on Instagram

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Advertisement

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat tampil mengusik Elly dan bayinya dan turut mendoakan agar kesihatan mereka berdua dalam keadaan baik sehinggalah hari melahirkan kelak.

Terdahulu, Elly mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu.

Pelakon drama Kampung People ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada tahun 2014 sebelum bercerai pada tahun 2015.

Hasil perkongsian hidup itu, Elly dan Hatta dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

The post Bayi Dalam Perut Buat Tanda ‘Good’, Elly Mazlein Syukur Anak Dalam Kandungan Sihat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.