Ads Top

Main Ad

Belanja Foto Tubuh Badan ‘Sado’, Netizen Tegur Aurat Ismail Izzani

Kebanyakan peminat mengetahui bahawa penyanyi Ismail Izzani sangat menjaga tubuh badannya. Malah lelaki itu mengakui bahawa dia sedang bekerja keras untuk memiliki badan impian.

BACA: Kini Makin ‘Sado’, Ismail Izzani Dedah Perlu Makan Seekor Ayam Setiap Hari Capai Berat Badan Impian

Advertisement

Semakin yakin dengan penampilannya kini, Ismail nampaknya tidak segan untuk berkongsi tubuh sasanya menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 


Meskipun ramai yang memuji badannya yang terbentuk sasa itu, namun terdapat juga komen yang menegur penyanyi itu mengenai auratnya.

Advertisement

“Assalamualaikum Mail, maaf nak cakap. Sebaiknya tak usah kamu mempamerkan keaiban di dalam media sosial seperti IG ini. Kerana ia hanya menambah dosa orang yang melihatnya. Maaf sekadar menegur dan mengingatkan.”

Malah ada individu yang melayangkan pertanyaan buat Pencetus Ummah Syed mengenai hukum menayangkan badan menerusi ruangan komen entri tersebut.

ismail izzani

Mungkin Ismail sekadar mahu berkongsi proses dirinya bagi mendapatkan badan impian tersebut?

The post Belanja Foto Tubuh Badan ‘Sado’, Netizen Tegur Aurat Ismail Izzani first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.