Ads Top

Main Ad

“Boleh Pilih Mak Bapak Vaksin Apa Dia Nak..” Michael Ang Saran Jual Vaksin RM2,000 Satu Dos Pada Geng Kayangan

Pengarah dan penerbit drama terkenal, Michael Ang menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada memberi cadangan kepada kerajaan mengenai pemberian vaksin kepada golongan kayangan.

Kata Michael, pihak berkuasa sepatutnya menjual vaksin pada harga RM2,000 untuk satu dos suntikan kepada golongan seperti itu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Perkara tersebut dibangkitkan oleh Michael susulan perancangan baru kerajaan untuk memberi dua dos vaksin berbeza iaitu Pfizer dan AstraZeneca.

Tambahnya lagi, wang hasil jualan tersebut boleh digunakan kerajaan untuk membeli lebih banyak vaksin untuk rakyat kebanyakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Dear YB @khairykj daripada nak plan bagi satu suntikan AZ dan Pfizer hanya kerana ingin melayan kehendak rakyat kayangan Malaysia apa kata jual sahaja pada harga RM2,000 untuk satu suntikan dan mereka boleh pilih apa mak bapak vaksin dia orang nak! Lepas tu duit salurkan pada yang yang memerlukan..”

Dia dalam pada itu turut menyelar tindakan sesetengah masyarakat yang bersikap memilih jenis vaksin dan slot suntikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Katanya lagi, mereka yang dianggap kayangan oleh Michael ini disarankan untuk membayar sendiri dan seterusnya slot percuma tersebut boleh diberikan kepada orang ramai yang masih belum menerima tarikh janji temu.

“Jika nak sangat memilih vaksin, sila bayar tetapi jika tiada duit, pergilah mereput atau pinjam bank untuk dapatkan wang. Dalam hidup ini benda percuma memang tidak boleh dipilih ya, sila faham.” ujarnya panjang lebar.

Powered by Blogger.