Ads Top

Main Ad

“Buat-Buat B*doh..”- Datuk Prof Dr. Muhaya Mohon Maaf Di Instagram

Penceramah bebas dan juga pakar mata, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan daripada tularnya video yang memaparkan dia memberi nasihat mengapa wanita lambat dapat jodoh sehingga menerima kritikan hebat daripada netizen.

Permohonan maaf itu dibuat Muhaya menerusi sebuah hantaran di Instagramnya, semalam.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhayaofficial)

Dia yang membahasakan diri sebagai Bonda dalam kenyataannya menjelaskan bahawa video tular berdurasi 56 saat itu adalah potongan sesi siaran langsung selamat 45 minit di media sosialnya yang dibuat sekitar 6 Februari lalu.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad (@profmuhayaofficial)

“Secara terknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam masyarakat, terutamanya kaum wanita sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.”

Justeru itu, Muhaya kemudian memohon maaf dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang isu terbabit termasuklah pihak media.

Terdahulu, sebuah video dari akaun media sosial Prof Muhaya yang mengulas mengenai punca wanita lambat dapat jodoh telah tular di media sosial berikutan kenyataan ‘perlu menjadi bodoh sedikit’ untuk segera mendapat pasangan.

BACA: Tular Isu ‘B*doh-B*doh Sikit,’ Ustaz Ahmad Dusuki Hubungi Prof Muhaya Minta Penjelasan

The post “Buat-Buat B*doh..”- Datuk Prof Dr. Muhaya Mohon Maaf Di Instagram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.