Ads Top

Main Ad

“Bukan Macam Anjing Menyalak, Tuduh Aku Rosak Akidah..” Iqram Dinzly Bidas Teguran PU Syed

Susulan daripada teguran Pencetus Ummah (PU) Syed terhadap Iqram Dinzly yang mendakwa pelakon itu seolah-olah cuba untuk memesongkan akidah anak muda dalam hal agama Islam menerusi siaran langsung di aplikasi media sosial.

Sehubungan dengan itu, pelakon drama Dunia Baru itu tampil memberi respon terhadap dakwaan PU Syed yang dianggap fitnah terhadap dirinya.

Advertisement

Iqram dilihat menulis panjang lebar respon tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan pengikut media sosialnya.

Dia dalam pada itu menganggap netizen menuduh dirinya cuba memesongkan akidah hanya berdasarkan video yang disunting dari satu jam kepada dua minit itu.

View this post on Instagram

 

A post shared by Penghuru hara Umati ? (@iqramdinzly.cious)

Advertisement

“Teguran? Cuba terangkan sikit maksud teguran dalam Islam? Adakah kelam seperti mana si maksum @_Pusyed ni yang tampak kelam? Kenapa tak mention direct instead hanya sebut nama Iqram? Sekiranya benar kau mengikut ajaran Sunnah wal jamaah mana akidah kau untuk berus muka secara ukhwah & bersembang secara lapang dada instead kau lontar di Insta untuk kau rasa “aku lah pejuangan tegak kebenaran yang dipilih Allah”?”

Tambahnya lagi, perkara-perkara berkaitan dengan tekanan atau depresi juga tidak patut dibangkitkan dan dijadikan isu.

Iqram turut meminta mereka di luar sana agar berhenti menjadi seperti ‘anjing yang menyalak’ menuduhnya rosak akidah.

Terdahulu, PU Syed turut mengingatkan anak muda dan pengguna media sosial lain agar tidak melayan dan menonton sekirang Iqram Dinzly tampil membuat siaran langsung di media sosial.

Selain itu, pendakwah bebas itu turut berpendapat bahawa pelakon tersebut memerlukan rawatan dari segi kerohanian dan akidah sebelum tersimpang lebih jauh.

BACA: Perangai Makin Pelik, Akma AF3 Minta Teman Rapat Bawa Iqram Dinzly Berubat

The post “Bukan Macam Anjing Menyalak, Tuduh Aku Rosak Akidah..” Iqram Dinzly Bidas Teguran PU Syed first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.