Ads Top

Main Ad

“Cantiknya…” Ibu Komen Di IG, Netizen Teka Wanita Ini Bakal Isteri Haqiem Rusli

Beberapa hari yang lalu, penyanyi Haqiem Rusli ada mendedahkan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun 2021 ini.

Pengumuman tersebut dibuat penyanyi lagu Adlina Marie itu menerusi Live Instagramnya sekitar jam 2 pagi waktu tempatan.

Advertisement

Meskipun begitu, Haqiem tidak pula mendedahkan siapakah gerangan wanita yang telah mencuri hatinya itu.

Namun, peminat nampaknya telah mula mencari siapakah wanita misteri berkenaan apabila ibu Haqiem, Nazrah Nordin seperti ada meninggalkan komen emoji senyum di sebuah hantaran Instagram seorang wanita bernama @sofeaaaaz.

Instagram SofeaaaazSumber : Instagram Sofeaaaaz  

Disebabkan oleh hal itu, ruangan komen foto tersebut dipenuhi dengan komen ditinggalkan oleh kebanyakan peminat Haqiem yang memuji kecantikan wanita tersebut.

Instagram SofeaaazSumber : Instagram Sofeaaaaz  

Setelah meneliti dengan lebih lanjut, wanita itu boleh diandaikan sebagai rakan perniagaan Haqiem dan juga ahli keluarganya.

Sehingga kini, masih menjadi persoalan tentang siapakah bakal isteri kepada Bintang Paling Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) itu.

BACA: Umum Bakal Nikah Hujung Tahun Ini, Haqiem Rusli Buat Pengumuman Di IG Live Jam 2 Pagi

The post “Cantiknya…” Ibu Komen Di IG, Netizen Teka Wanita Ini Bakal Isteri Haqiem Rusli first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.