Ads Top

Main Ad

“Cekik Aku Depan Martin..” – Zarina Anjoulie Dakwa Pernah ‘Dibantai’ Bekas Suami

Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie mendakwa dirinya pernah dipukul dan dikasari oleh bekas suaminya, Eliyas Azhar atau dikenali sebagai Yas.

BACA: “Dia Banyak Aniaya Aku” – Zarina Anjoulie Dedah Bekas Suami Minta RM10K Lafaz Cerai, Ugut Sebar Foto Aib

Advertisement

Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, mendedahkan perkara tersebut di sebuah hantaran video di akaun Instagramnya yang berdurasi 8 minit 12 saat turut disertai dengan pengakuan dari kedua ibu bapanya, pembantu rumah dah juga anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Erza.

zarina anjoulie seniman laporan polisSumber : Instagram Zarina Anjoulie  

Katanya di dalam hantaran video tersebut,

Ma, bibik betul ke tidak, dia (Yas) pernah pukul Anju (Zarina), bantai separuh mati di sini. Bibik nampakkan dia tolak pintu, cekik aku depan Martin. Masa adik keluar, dia bising-bising. Dia pukul aku dalam ni, depan semua orang.

Bagi membuktikan kepada orang ramai yang berkata Anju hanya mereka cerita semata-mata, pelakon tersebut turut menghubungi bapanya dan beliau turut mengesahkan apa yang telah dilakukan oleh Yas kepada Anju.

Sebagai maklumat, Anju dan Yas mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sambilan bagaimanapun pada 27 Januari lalu, Anju memaklumkan dirinya dan Yas sudah pun bercerai namun pada 2 Mac, Anju memberitahu dia telah rujuk semula bersama bekas suaminya.

Pada Mei lalu, Anju sekali lagi mengumumkan dirinya telah sah bercerai buat kali kedua bersama Yas malah Anju meminta Yas untuk memulangkan semula barang-barang yang pernah diberikan oleh Anju kepada bekas suaminya itu.

The post “Cekik Aku Depan Martin..” – Zarina Anjoulie Dakwa Pernah ‘Dibantai’ Bekas Suami first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.