Ads Top

Main Ad

‘Cukup 4 Bulan Baru Kami Akan Tunjuk Muka Bayi’ – Miera Leyana Dah Sebulan Bersalin

Pelakon Miera Leyana memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 16 Mei yang lalu, beliau turut berkata bukan niatnya untuk merahsiakan berita gembira ini namun dia hanya ingin fokus kepada proses bersalin itu.

BACA: Miera Leyana Kongsi Foto Sarat Hamil Di Instagram, Peminat Ramai Teka Jantina Bayi Perempuan

Advertisement

Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama beliau untuk melalui proses bersalin, jadi dia mahu semuanya berjalan dengan lancar tanpa gangguan hal-hal yang tak diingini.

Ini pengalaman kali pertama saya untuk bergelar ibu, jadi saya mahu semuanya berjalan lancar dan tidak diganggu dengan hal-hal lain. Bukannya tak nak berkongsi tentang berita baik ini tetapi kalau boleh biarlah saya melalui momen-momen itu tanpa media sosial. Saya nak fokus..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

Advertisement

Tambahnya lagi, dia tidak mahu mendedahkan secara terperinci identiti bayi pertamanya itu dan turut menghormati permintaan suaminya yang tidak mahu menunjuk muka anaknya itu sehingga bayi mereka berusia empat bulan.

Cukup 4 bulan baru kami akan tunjuk muka bayi, buat masa sekarang biarlah jadi tanda tanya dahulu.

Miera LeyanaSumber : Instagram Story Miera Leyana  

Katanya dengan teruja, dia berasa sangat gembira dan bersyukur kerana proses melahirkan anak pertama mereka itu berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

The post ‘Cukup 4 Bulan Baru Kami Akan Tunjuk Muka Bayi’ – Miera Leyana Dah Sebulan Bersalin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.