Ads Top

Main Ad

“Dah Macam Kod QR MySejahtera..” Siti Sarah Buat Hal Potong Rambut Shuib, Ini Jadinya!

Sering mengusik antara satu sama lain seabgai tanda kemesraan antara mereka, Siti Sarah nampaknya telah ‘menyakat’ suaminya, Shuib apabila dia memotong rambut suaminya dengan gaya ‘bar code’.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu turut berkongsikan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di media sosialnya untuk tatapan umum.

Advertisement

“@shuibsepahtu mintak kita potong rambut dia. Kita bukanlah nak mengena dia. Tapi dia bukannya nampak pun kat belakang kepala tu. Okay korang rasa ni bar code ke atau misai belakang kepala?”

Terhibur dengan perkara itu, ramai peminat tampil meninggalkan komen reaksi memandangkan kedai gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi sepanjang perlaksanaan fasa perintah pergerakan penuh ketika ini.

“QR code MySejahtera ke ni?” tulis seorang peminat di bahagian komen.

Sekadar info, Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 yang lalu di Bangsar. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

BACA: Harap Dapat Respon Positif, Shuib Dan Sarah Tampil Berduet Dalam Lagu Baru

The post “Dah Macam Kod QR MySejahtera..” Siti Sarah Buat Hal Potong Rambut Shuib, Ini Jadinya! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.