Ads Top

Main Ad

Dah Tak Ambil ‘Followers’ Baru Di IG, Rizalman Hanya Bersuka-Ria Dengan Pengikut Yang Sedia Ada

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim memaklumkan bahawa dia kini sudah tidak menerima pengikut baru di akaun Instagram miliknya.

Perkara tersebut dimaklumkan Rizalman menerusi sebuah hantaran Instagram Story untuk tatapan peminat.

Advertisement
Sumber : Google  

Difahamkan, keputusan itu diambil selepas tetapan akaun Instagramnya ditukar kepada privasi baru-baru ini.

BACA: Didakwa Tak Hargai Pemberian Peminat, Datuk Rizalman Dikecam Beri Ikan Salmon Import Pada Kucing

Dia yang sebelum ini dikecam hebat gara-gara tindakannya memberi pemberian peminat berupa ikan salmon kepada haiwan peliharannya dianggap sebagai memperlekehkan rezeki makanan yang diberi pengikut media sosialnya sebagai hadiah.

RIZALMANSumber : Instagram Rizalman Ibrahim  

“Maaf ya ibu ibu bapa bapa anak anak sekalian, pengambilan followers baru di IG ini sudah tidak dilaksanakan sejak ditukat menjadi private tempoh hari. Kami mahu bersuka ria antara kami-kami saja di dalam keluarga @rizalman71.”

Tambahnya lagi, dia tidak mementingkan kuantiti pengikut media sosial tetapi sebaliknya mengutamakan kualiti.

Advertisement

“Saya tidak tamak kuantiti, namun kualitinya yang saya perlukan.” ujarnya lagi.

Untung pengikut sedia ada Rizalman kan?

BACA: “Habuan Pelepas Rindu Hangpa!” Rizalman Kongsi Video Ajar Cara Kacau Teh

The post Dah Tak Ambil ‘Followers’ Baru Di IG, Rizalman Hanya Bersuka-Ria Dengan Pengikut Yang Sedia Ada first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.