Ads Top

Main Ad

“Dia Banyak Aniaya Aku”- Zarina Anjoulie Dedah Bekas Suami Minta RM10K Lafaz Cerai, Ugut Sebar Foto Aib

Sepertinya kemelut rumah tangga di antara Zarina Anjoulie dengan bekas suami, Eilyas Azhar masih belum lagi menemui noktahnya.

BACA: Selepas Lebih Sebulan Rujuk, Zarina Anjoulie Dedah Sudah Cerai Buat Kali Kedua

Advertisement

Setelah diam seketika selepas mengumumkan penceraian kali kedua sebulan yang lalu, Zarina ataupun Anju mendedahkan pelbagai bukti bagi menolak dakwaan bahawa dia telah menfitnah Eilyas di laman Instagram miliknya.

Menerusi entri itu, pelakon wanita itu mendedahkan bahawa bekas suaminya itu meminta wang sejumlah RM10,000 bagi melafazkan talak buat Anju.

Menurut Anju, segala tindakan pastinya lelaki itu memerlukan wang lantas menggunakan helah tersebut untuk ‘memancing’ lelaki itu untuk melafazkan cerai terhadapnya.

zarina anjoulie dan eilyas azhar

Malah wanita itu berkongsi bahawa tangkapan skrin itu merupakan salah satu bukti yang diserahkan kepada pihak polis bagi urusan mahkamah.

Advertisement

Lebih mengejutkan apabila Anju turut berkongsi laporan polis di mana dia mendakwa Eilyas mengaibkan dirinya dengan bertindak memanjat rumah semata-mata mahu mengambil gambarnya dalam keadaan aib. Malah, bekas suaminya turut mengugut untuk menyebarkan gambar berkenaan.

zarina anjoulie dan eilyas azhar

Anju juga meminta pengikutnya agar menimbal balik sebab Eilyas berhenti membuat hantaran mengatakan dirinya difitnah.  Kata Anju, ini kerana lelaki itu sudah buntu selepas dia membongkarkan segala bukti ini untuk tatapan umum.

zarina anjoulie dan eilyas azhar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan sikap Yas selain mendoakan agar Anju kembali menemui bahagianya dan dapat menyelesaikan isu ini dengan adil.

Semoga bertabah Anju.

The post “Dia Banyak Aniaya Aku”- Zarina Anjoulie Dedah Bekas Suami Minta RM10K Lafaz Cerai, Ugut Sebar Foto Aib first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.