Ads Top

Main Ad

Digelar Syok Sendiri, Intan Najuwa Beri Respon Suka Melaram Di Rumah Sepanjang PKP

Intan Najuwa sememangnya merupakan selebriti tempatan yang rajin memuat naik gambarnya di laman media sosial. Malah wanita itu sering menyarungkan pelbagai pakaian yang menggambarkan stail fesyennya yang menawan.

BACA: Pakai Baju Nampak Perut, Netizen Tegur Intan Najuwa Supaya Hormat Bulan Ramadan

Advertisement

Walaupun perlu berada di rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak ke mana-mana, Intan Najuwa terus memuat naik banyak foto dengan pelbagai gaya.

intan najuwa

Menurut Inatn, tujuannya memuat naik video Reels dalam Instagram dengan menyarungkan pelbagai jenis pakaian adalah untuk tatapan peminatnya. Pun begitu, terdapat juga suara sumbang yang menyelar tindakannya itu.

“Memang banyak mesej (DM) masuk mengatakan saya ni syok sendiri sebab dekat rumah pun sibuk asyik nak melaram sana-sini. Tetapi itu cara saya. Lagi pun bukan saya langgar prosedur operasi standard (SOP) pun. Saya di rumah sahaja dan tak keluar kemana-mana pun.”

intan najuwa

Disebabkan oleh aktiviti penggambaran yang terpaksa ditunda kerana pelaksanaan PKP ini, pelakon wanita itu memilih untuk bergaya hampir saban hari bagi mengelakkan kebosanan di rumah.

“Dengan cara itu (melaram), saya rasa puas dan dapat mengisi masa lapang di rumah. Sekurang-kurangnya rasa bosan tu dapatlah dikurangkan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa, 23 ?? (@intannajuwa)

Dalam pada itu, masih ramai pengikut dan rakan selebriti yang meninggalkan komen pujian kepada Intan. Malah ada yang meminta petua dan tips bagi menjaga tubuh badan supaya kelihatan menawan.

The post Digelar Syok Sendiri, Intan Najuwa Beri Respon Suka Melaram Di Rumah Sepanjang PKP first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.