Ads Top

Main Ad

Dihempap Bola Boling, Elisya Sandha Alami Kecederaan Ketika Penggambaran Ratu Ten Pin

Komited dalam menjayakan watak sebagai pemain boling profesional, pelakon Elisya Sandha khabarnya telah mendapatakn khidmat seorang jurulatih peribadi untuk membantunya membawakan karakter tersebut dalam drama bersiri terbaru, Ratu Ten Pin.

Kata Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan, 22, dia juga turut bergandingan dengan bekas atlet boling kebangsaan, Syaidatul Afifah.

Advertisement

Malah, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini memaklumkan bahawa dia ada mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran untuk drama terbitan JS Pictures itu.

“Kalau berlatih saya gunakan kasut khas bila dalam set penggambaran saya kena guna kasut dan bola yang digunakan oleh orang ramai di pusat boling. Kasut-kasut tersebut kebanyakannya sudah kesat dan disebabkan tidak biasa, ada satu ketika sewaktu melontar, bola terjatuh dan hempap buku lali saya sampai biru jadinya namun syukur kerana tidak terlalu serius.”

Ujar Elisya, kecederaan yang dialaminya itu telah pulih selepas dua hari dan dia menjalani penggambaran seperti biasa.

Drama Ratu Ten Pin yang mengangkat tema sukan boling merupakan naskah terbaru arahan Jinggo yang turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Nazim othman, Sheila Rusly, Datuk Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Ianya boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria (104) pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11 malam.

BACA: “Jangan Tabur Fitnah Pada Menantu Sis..” Sheila Rusly Nafi Dakwaan Netizen Elisya Sandha Dah Tinggal Serumah

The post Dihempap Bola Boling, Elisya Sandha Alami Kecederaan Ketika Penggambaran Ratu Ten Pin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.