Ads Top

Main Ad

Elyana Syukur Berat Badan Naik Setelah Menjalani Rawatan Radioterapi

Pelakon dan penyanyi Elyana luah rasa syukur apabila berat badannya kini sudah naik dan ia menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan setelah menjalani rawatan radioterapi sejak minggu lalu.

BACA: Sebak Tengok Elyana Jalani Rawatan Kanser, Neelofa Hadiahkan Koleksi Tudung Naelofar

Advertisement

Melalui hantaran gambar baru-baru ini di akaun Instagramnya, dia memberitahu berat badannya sebelum ini 35 kg, kini telah naik ke 42 kg setelah menjalani rawatan di hospital.

Alhamdulillah. Berat saya daripada 35 kilogram (kg), hari ini timbang 42 kg. Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu-jemu sedekah makanan kepada saya. Saya sayang anda semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Meninjau di ruangan komen hantaran itu, rata-rata semua peminat dan rakan artis tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat Elyana.

ElyanaSumber : Instagram Elyana  

 

Sedia maklum, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu telah menjalani rawatan radioterapi sejak 16 Jun lalu sebagai cara untuk melawan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapi olehnya.

The post Elyana Syukur Berat Badan Naik Setelah Menjalani Rawatan Radioterapi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.