Ads Top

Main Ad

“Halalkan Makan Minum Saya..” Berangkat Ke Gaza, Caprice Sertai Misi Kemanusiaan

Tidak disangka-sangka, penyanyi rap Caprice difahamkan telah mendapat kebenaran untuk memasuki Gaza, Palestin pada malam Rabu yang lalu.

Perkara tersebut turut diumumkan Caprize menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana dia telah terbang ke negara bergolak itu secara bersendirian bagi mengikuti misi kemanusiaan di sana.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa kebenaran untuk memasuki Gaza tersebut adalah ‘last minute’ dan turut memohon doa orang ramai agar segalanya berjalan dengan lancar.

“Tolong doakan saya Malaysia. Last minute saya dapat kebenaran untuk masuk ke Gaza.Cuma kita kena fly sorang-sorang malam ni. Maafkan saya atas segala kesalahan, halalkan makan/minum…”

Dia dalam pada itu juga berjanji akan mengharumkan nama negara dan rakyat Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata peminat dan rakan artis tampil mendoakan agar urusan Caprice dipermudahkan dan perjalanan ke sana selamat dan dilindungi Allah S.W.T.

BACA: “Tak Fasal-Fasal Habis Semua Kena..” Kes Langgar SOP, Caprice Masih Tak Puas Hati Dengan ‘Influencer’

The post “Halalkan Makan Minum Saya..” Berangkat Ke Gaza, Caprice Sertai Misi Kemanusiaan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.