Ads Top

Main Ad

‘Hamilnya Ikut Mood Ya?’ – Netizen Hairan Perut Lucinta Luna Kempis Selepas Umum Hamil

Artis sensasi Indonesia, Lucinta Luna membuat warganet tertanya-tanya tentang kehamilannya kerana perutnya yang kelihatan kempis walaupun dia sudah mengumumkan bahawa sedang hamil Mei lalu.

BACA: Mengaku Hamil Selepas Buat Ujian Kehamilan, Doktor Syak Lucinta Luna Hidap Kanser Testis

Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhammad Fattah berkongsi sebuah hantaran video di laman media sosial Instagram nya sedang rancak menari bersama teman lelakinya.

lucinta luna dadahSumber : Instagram Lucinta Luna  

Penyanyi yang pernah berkolaborasi bersama usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri dalam lagu Bobo Di Mana ini mengundang perasaan tanda tanya terhadap warganet apabila beberapa minggu lalu, dia sering kali berkongsi gambar menunjukkan perutnya yang berisi.

Meninjau di ruangan komen di hantaran video tersebut, ramai yang memerli dan juga menyindir Lucinta apabila perutnya kelihatan kempis.

Hamilnya ikut mood ya? Kandungannya sudah tidak ada.

Mama lupa letak bantal ya? Kemarin perutnya kembung, tiba-tiba hari ini kempis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna_manjalita)

Sedia maklum, 4 Mei yang lalu, gempar di media sosial apabila penyanyi trasngender itu mengumumkan bahawa dirinya sedang hamil dan menunjukkan bukti alat ujian kehamilan positif.

The post ‘Hamilnya Ikut Mood Ya?’ – Netizen Hairan Perut Lucinta Luna Kempis Selepas Umum Hamil first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.