Ads Top

Main Ad

‘Hanya Lelaki Lemah Takutkan Wanita Kuat..’ – Ben Amir Kurang Setuju Pendapat Prof Muhaya Soal Jodoh

Tular sebuah video di laman media sosial Twitter berkenaan dengan pandangan tentang jodoh yang diberikan oleh seorang pakar bedah mata dan juga motivator iaitu Datuk Prof Dr. Muhaya semalam, rata-rata tidak bersetuju dengan pandangan beliau.

BACA: ‘Takyah Jadi B*doh..’ – Sharifah Amani Jawab Soal Jodoh, Minta Kaum Wanita Bersabar

Advertisement

Walaupun di dalam video tersebut untuk kaum wanita, namun pelakon Ben Amir turut tidak setuju dengan kata-kata yang diungkapkan oleh Prof Muhaya berkenaan dengan jodoh itu seperti ia merendah-rendahkan kebolehan kaum wanita.

Hanya lelaki lemah takutkan wanita kuat. Smart and strong women excites me. Push me to be better, out of my comfort zone. Live your dreams and fly high ladies. 

Kenyataan tersebut dikongsikan di laman akaun Twitter apabila beliau membalas sebuah ciapan seorang pengguna yang meluahkan rasa kurang senang dengan kata-kata motivator itu.

Ben AmirSumber : Instagram Ben Amir  

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, ramai yang mengagumi dan menyokong apa yang diperkata oleh pelakon Sweet Dreams itu dan mendoakan agar dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.

 

The post ‘Hanya Lelaki Lemah Takutkan Wanita Kuat..’ – Ben Amir Kurang Setuju Pendapat Prof Muhaya Soal Jodoh first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.