Ads Top

Main Ad

Hidap Glaukoma, Michael Ang Bedah Kedua Belah Mata

Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan mata kanannya semalam bertempat di sebuah hospital swasta gara-gara penyakit glaukoma yang telah lama dihidapinya.

Ujar Michael, dia mula menyedari telah menghidapi penyakit itu sejak tahun lalu selepas melakukan pemeriksaan kesihatan secara tahunan.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Katanya, ketika menjalani penggambaran drama Love, Elsa, Michael sedar ada sesuatu yang tidak kena pada matanya apabila ianya menjadi kabur dan merasakan seperti ada cacing kecil bergerak-gerak.

Dia yang sepatutnya menjalani pembedahan mata tersebut pada tahun lalu namun ditunda kerana terlalu sibuk dengan kerjaya dan hanya dapat dilakukan semalam.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

“Selepas menjalani pembedahan semalam, saya dibenarkan untuk keluar hospital hari ini dan diminta berehat selama tujuh hari. Seterusnya selepas seminggu, saya akan lakukan pembedahan yang sama pada mata sebelah kiri pula.”

Dia dalam pada itu turut sama melakukan pembedahan lasik dan membuang katarak dalam mata bagi memulihkan masalah rabun.

Michael Ang juga sempat menitipkan nasihat kepada masyarakat agar melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh secara tahunan agar tahu apa yang tidak kena pada tubuh badan masing-masing.

BACA: Michael Ang Tunai Janji, Belanja RM5,000 Kepada 10 Peminat Bertuah Jalani Kuarantin Kendiri

The post Hidap Glaukoma, Michael Ang Bedah Kedua Belah Mata first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.