Ads Top

Main Ad

Hormat Pendirian Uyaina Arshad, Zul Ariffin Tak Kisah Tiada Adegan Bersentuhan Dalam Love Elsa

Pelakon Zul Ariffin memaklumkan bahawa sesuatu drama tidak perlu menjadikan adegan bersentuhan sebagai kemestian dalam mencari keserasian dalam lakonan.

Perkara tersebut dibangkitkan Zul apabila dia pertama kali digandingkan dengan pelakon dan pengacara Uyaina Arshad dalam drama terbaru berjudul Love, Elsa.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Katanya lagi, dia menghormati prinsip dan pendirian mana-mana pelakon yang bergandingan dengannya dalam mana-mana drama.

“Bagi saya dalam lakonan ini lebih kepada hormat. Kalau tak perlu bersentuhan, tak perlu buat. Ada juga yang bertudung boleh buat adegan sebegini. Kalau dalam filem saya lebih banyak watak aksi, jadi tidak sama seperti drama..”

Ujar Zul lagi, pengarah drama tersebut, Michael Ang tidak pernah memaksa pelakon untuk menjayakan sesuatu babak asalkan memberi keselesaan kepada pelakon sekaligus membuatkan perjalanan penggambaran berjalan dengan lancar.

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

BACA: Penangan ‘Total Lockdown’, Zul Ariffin Kini Berambut Karat, Dah Macam K-Pop!

Sekadar info, drama Love, Elsa kini ditayangkan si slot mega drama Astro Ria di mana turut membariskan pelakon hebat lain seperti Zeera Azizi, Mona Allen, Ramona Zamzam dan ramai lagi.

The post Hormat Pendirian Uyaina Arshad, Zul Ariffin Tak Kisah Tiada Adegan Bersentuhan Dalam Love Elsa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.