Ads Top

Main Ad

Izreen Azminda Kongsi Perkembangan Kehamilan, Alami Masalah Penghadaman

Pelakon Izreen Azminda berkongsi cerita tentang dia sedang mengalami masalah sistem penghadaman semasa hamil anak ketiga ini di akaun Instagram nya dan dia turut berkongsi tentang perkembangan dirinya.

Menurut Izreen atau nama sebenar Izreen Azminda Aznam yang kini sedang hamil empat bulan memberitahu dia sudah melakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah tersebut.

izreen azmindaSumber : Instagram Izreen Azminda  

Katanya di hantaran tersebut,

Sapa ada masalah sistem penghadaman habaq mai sat… sebab apa… kami memang cukup susah nak membuang… minum Vitagen tak jalan.

Sedia maklum, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau mesra dipanggil sebagai Ude pada tanggal 8 Ogos 2017 dah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim yang berumur setahun.

Powered by Blogger.