Ads Top

Main Ad

“Jangan Expect Lebih, Mungkin ‘Kayu'” – MK K-Clique Akui Teruja Ceburi Bidang Lakonan

Penyanyi rap popular MK K-Clique, mengakui dirinya teruja untuk menceburi bidang lakonan yang agak berbeza dengan bidang yang sediakala digalas olehnya selepas menjalani penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

BACA: Kini Berlakon MK K-Clique Bakal Bergandingan Dengan Mira Filzah Dalam Drama Arahan Michael Ang

Advertisement

Menurut MK, peluang menceburi bidang lakonan dan meluaskan cabang seninya merupakan perkara baru yang telah menarik minatnya.

Ya saya ada berlakon baru-baru ini. Saya rasa sebagai penyanyi kami pun dah biasa beraksi depan kamera dan berlakon dalam muzik video (MV). Ini adalah kelebihan kami sebagai seorang penyanyi.

Lakonan merupakan satu pengalaman baru yang saya sangat suka. Lakonan lebih bergantung kepada skrip. Saya baru belajar banyak benda baru dalam lakonan, jadi jangan expect saya lebih mungkin juga ia akan jadi ‘kayu’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Advertisement

MK atau nama sebenar, Muhammad Hairi Amin berkongsikan pengalaman berlakon itu ketika sesi sidang media secara maya lagu baharunya yang berjudul Veto baru-baru ini.

MK K-CliqueSumber : Instagram MK K-Clique  

 

Lagu baharu beliau berjudul Veto itu turut menampilkan penyanyi dan rapper seperti Tuju, Loca B dan DJ Cza.

The post “Jangan Expect Lebih, Mungkin ‘Kayu'” – MK K-Clique Akui Teruja Ceburi Bidang Lakonan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.