Ads Top

Main Ad

“Jangan Sampai Kena Hack!”- Puteri Aishah Raih 1 Juta Followers Di Instagram

Pelakon jelita, Puteri Aishah baru-baru ini ada meraikan para peminat apabila akaun Instagramnya kini sudah mencecah 1 juta pengikut.

Dia yang meluahkan rasa terima kasih dan syukur di atas sokongan turut berkongsi foto dirinya bersama belon perhiasan berbentuk 1 M sebagai tanda meraikan perkara tersebut.

Advertisement

“Alhamdullilah..Thank you for 1M followers! Kiss Kiss for you all..” tulisnya di bahagian kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat tampil mengucapkan tahniah dan ada juga yang memberi nasihat dan peringatan buat pelakon filem Pulang itu.

“Lepas tu kena hack..” komen salah seorang peminat.

“Di dunia boleh pengikut sampai 1 juta tapi di akhirat 1 pengikut je yang akan ikut kita balik iaitu amalan..” tulis netizen sebagai nasihat.

Sekadar info, Puteri Aishah memulakan kerjaya seninya setelah menyertai Dewi Remaja 2013/2014.

Dia kemudiannya mencipta nama dalam beberapa drama TV dan filem seperti Akulah Balqis, Kahwin Muda, dan banyak lagi.

BACA: Didakwa Cacah Tatu Di Tangan, Puteri Aishah Jawab Tuduhan Netizen

The post “Jangan Sampai Kena Hack!”- Puteri Aishah Raih 1 Juta Followers Di Instagram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.