Ads Top

Main Ad

Kamal Adli Teruja Dapat Watak Lain Daripada Drama Kahwin Paksa

Watak yang digalaskan sebagai pelakon utama dalam drama bersiri Black amat dinanti-nantikan oleh pelakon, Kamal Adli yang sebelum ini seringkali mengalas watak dengan naskhah bergenre ringan.

BACA: ‘2 Minit Awal Saja Ditayang..’ – Kamal Adli Dedah Berendam 8 Jam Demi Satu Babak

Advertisement

Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35 berkata walaupun watak yang dibawa olehnya sebagai Malik atau Black itu agak berat, namun dia berpuas hati dengan hasil yang ditayang.

Saya memang tertunggu-tunggu watak seperti ini dan dah menanti sambungannya untuk musim kedua. Watak Black adalah sebagai seorang anggota polis yang ‘poyo’ dan ia memang sangat berlainan dengan drama kahwin paksa yang pernah saya lakonkan sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K.A (@kamaladli)

Tambahnya lagi ketika sesi temubual bersama mStar, pihak produksi amat menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang sesi pengambaran drama tersebut berlangsung.

Sebelum masuk set, kami semua terlebih dahulu perlu disanitasi seluruh badan dan setiap kali selepas berehat pun kami perlu disanitasi sekali lagi.

Kamal AdliSumber : Instagram Kamal Adli  

 

Drama yang diadaptasikan daripada drama korea bergenre fantasi-seram yang juga mempunyai tajuk yang sama, kini Black musim kedua lakonan Kamal Adli, Siti Saleha dan ramai lagi sudah mula ditayangkan pada 10 Jun lalu eksklusif di Viu.

The post Kamal Adli Teruja Dapat Watak Lain Daripada Drama Kahwin Paksa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.