Ads Top

Main Ad

Kemurungan Lihat Berita Orang Susah Sepanjang ‘Lockdown’, Karl Shafek Mula Aktiviti Berkebun Dan Melukis

Pelakon dan juga pengacara yang sebelum ini menyepikan diri agak lama daripada industri hiburan dipercayai mengalami masalah kesihatan mental, Karl Shafek mempunyai inisiatif sendiri bagi merawat kemurungan yang dialami sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kini.

Ujar Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim,41, dia menggunakan masa terluang dengan mengamalkan aktiviti berkebun, melukis dan bermain dengan kucing peliharaan bagi mengelakkan daripada terlalu memikirkan perkara negatif.

Advertisement

Tambahnya, dia juga mengelak daripada menonton filem bergenre ganas dan seram serta berita-berita yang menyedihkan untuk mengelakkan kemurungan daripada berlaku.

“Orang lain kalau time tengah lockdown ni banyak tengok tv, tapi lain pula bagi saya..kalau boleh saya elakkan tengok TV sebab banyak benda boleh trigger kalau saya tengok filem perang atau ganas, ia boleh ganggu mood sata. Kadang-kadang saya tak boleh tengok news pasal orang bunuh diri atau orang susah..bukan sebab tak nak ambil tahu, tapi ia adalah untuk kebaikan diri saya sendiri..”

Kata personaliti TV kelahiran Pekan, Pahang ini lagi, dia masih lagi berjumpa doktor pakar berkaitan dengan masalah yang dihadapinya untuk sehingga kini.

View this post on Instagram

A post shared by • ???? ?????? ??????? • (@karlshafek)

Advertisement

Menghidapi masalah kemurungan sejak dari tahun 2019, Karl memaklumkan bahawa dia kini masih lagi dalam tempoh pemulihan.

“Saya masih lagi makan ubat dan masih lagi kena jumpa doktor dalam tempoh tiga minggu sekali..” ujarnya lanjut.

Sejak mendapatkan rawatan pakar sekitar dua tahun yang lalu, Karl mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia seni buat sementara dan fokus sepenuhnya kepada perniagaan fesyen dan juga sambal.

The post Kemurungan Lihat Berita Orang Susah Sepanjang ‘Lockdown’, Karl Shafek Mula Aktiviti Berkebun Dan Melukis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.