Ads Top

Main Ad

Kini Jual Lukisan Kanvas, Hafreez Adam Tambah Pendapatan Sepanjang PKP

Pelakon Hafreez Adam menerusi beberapa hantaran di Instagram nampaknya telah menghabiskan masa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengambil tempahan lukisan kanvas untuk dijual kepada yang sesiapa yang berminat.

Menurut Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan,31, sudah hampir 30 jenis lukisannya sudah terjual sejak memulakan perusahaan tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

Ujar Hafreez lagi, dia sebenarnya sudah lama terlibat dalam bidang melukis namun terhenti seketika kerana aktif berlakon.

“Sebenarnya saya memang minat melukis dari dahulu lagi, cumanya dulu saya sibuk shooting tiada masa nak melukis. Lebih kurang dalam enam tahun juga saya tinggalkan bidang melukis ini..namun sejak PKP 2.0 awal tahun ini, saya dah start melukis balik.”

Tambah pelakon drama Monalisa ini lagi, dia sering membuat Instagram Live ketika sesi melukis dan telah menarik perhatian peminat untuk membeli hasil canting daripada tangannya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

Advertisement

Malah, menurut Hafreez lagi, lukisannya turut dibeli oleh rakan-rakan artis dan harga yang paling tinggi pernah dijualnya adalah bernilai RM600.

“Selain peminat, ada juga rakan-rakan artis yang beli dari saya antaranya, Eyra Hazali, Shikin Kamal, Ariz Forteen dan Azar Azmi. Azar pada mulanya nak beli, tapi kebetulak time tu birthday dia, saya bagi sahaja pada dia sebagai hadiah hari lahir dia.” ujarnya lagi.

Antara hasil seni yang dihasilkan oleh Hafreez adalah lukisan kalimah, nama serta corak abstrak dan bergantung kepada bajet pelanggan.

View this post on Instagram

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

Perkembangan terkini, Hafreez berkata penggambaran untuk tiga buah drama serta sebuah filem yang dibintanginya terpaksa ditangguhkan berikutan PKP 3.0.

Dia juga dikhabarkan terpaksa menyusun semula jadual kerjanya dan hanya menunggu untuk dipanggil semula ke set penggambara setelah semuanya reda dan mendapat kebenaran untuk berlakon semula.

The post Kini Jual Lukisan Kanvas, Hafreez Adam Tambah Pendapatan Sepanjang PKP first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.