Ads Top

Main Ad

“Kiranya Drama Tersebut Berjaya..” – Ruhainies Anggap Usikan Bercinta Dengan Zul Ariffin Normal

Selepas digandingkan bersama dalam drama Wifi Sebelah Rumah, peminat merestui jika pasangan di dalam drama tersebut iaitu Ruhainies dan Zul Ariffin untuk bercinta kerana kelihatan serasi bersama.

BACA: Kelihatan Mesra Bersama, Netizen Doa Ruhainies Dan Zul Ariffin Kahwin

Advertisement

Namun menurut Ruhainies, 29, memandangkan dia berlakon bersama Zul dalam drama yang disiarkan secara ekskulif di Disney+ Hostar, dia merasakan usikan yang dibuat oleh peminat itu normal.

Bagi saya bila ada permintaan sedemikian hingga ke luar set, secara tak langsung menunjukkan drama tersebut berjayalah kerana penonton boleh nampak keserasian serta kemanisan babak yang dibawa.

Bagi saya dan Zul, kami profesional dan senang bila digandingkan bersama. Malah perkara tersebut buatkan proses pengambaran jadi lebih lancar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Ketika ditanya sifat Zul sepanjang bekerja bersama, Ruhainies menyifatkan pelakon tersebut sebagai seorang yang komited terhadap kerjanya dan langsung tidak mementingkan dirinya sahaja.

Zul AriffinSumber : Instagram Zul Ariffin  

 

Drama Wifi Sebelah Rumah itu turut dibintangi oleh barisan pelakon handal seperti Keith Foo, Nurin Afiqah, Fadlan Hazim, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

The post “Kiranya Drama Tersebut Berjaya..” – Ruhainies Anggap Usikan Bercinta Dengan Zul Ariffin Normal first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.