Ads Top

Main Ad

Kuih Raya Hancur, Arja Lee Buat Laporan Polis Terhadap Sebuah Syarikat Penghantaran

Pelakon Arja Lee dilaporkan telah membuat laporan polis terhadap sebuah syarikat penghantaran kerana kecuaian mereka yang telah mendatangkan kerugian bernilai hampir RM1,050.

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli berkata, dua kotak berisi 24 jenis biskut raya yang diterimanya dari Kuala Lumpur menggunakan khidmat syarikat penghantaran tersebut telah hancur dan rosak.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arjalee®? (@arjalee)

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by Arjalee®? (@arjalee)

Dia yang terkilan dengan peristiwa itu kemudiannya menghubungi syarikat itu namun masih belum mendapat penjelasan dan jawapan mengenai insiden tersebut.

“Saya membuat laporan polis sebagai rujukan untuk pihak syarikat penghantaran itu bagi meminta ganti rugi jumlah biskut yang rosak. Ia juga untuk tindakan pihak polis sekiranya syarikat terbabit gagal selesaikan kerugian syarikat kami.”

Pelakon drama Pesan Pada Hati ini turut menzahirkan perasaan sedih dan kecewa dengan insiden tersebut kerana bukan sahaja biskut hancur malah bekasnya juga pecah dan terkopek.

BACA: “Belanja Kuih Raya, Bukan Paha..” Foto Elizabeth Tan Jadi Mangsa Komen Tidak Senonoh Lelaki Miang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arjalee®? (@arjalee)

Terdahulu, Arja kini mengusahakan perniagaan berasaskan kudapan yang diberi nama Arja’s Cookies yang dipasarkan menerusi laman sosial miliknya.

The post Kuih Raya Hancur, Arja Lee Buat Laporan Polis Terhadap Sebuah Syarikat Penghantaran first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.