Ads Top

Main Ad

Langgar Adat Merisik Secara Online, Erma Fatima Tekad Cepatkan Urusan Jodoh Anak Lelakinya

Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima menzahirkan perasaan syukur apabila dapat melaksanakan acara merisik untuk anak lelakinya meskipun hanya dalam talian.

Ini berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengehadkan banyak urusan namun setiap perkara yang baik dalam menghalalkan sesuatu perkara pastinya akan dipermudahkan.

Advertisement
Keluarga Erma FatimaSumber : Google  

Erma dalam pada itu turut memuat naik hantaran video sepanjang majlis merisik yang berlangsung baru-baru ini untuk tatapan peminat dan juga pengikut Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

“Setahun lebih tunggu..ada saja alasannya, PKP lah, itulah, inilah, jadi majlis semalam aku plan 3 hari sebelumnnya dan syukur selesai. Walaupun dah langgar adab, takpelah, Yang penting benda baik kita cepatkan. Insyallah.”

Advertisement

Meskipun Erma merasakan terdapat pelanggaran adab dan budaya dalam majlis merisik yang diadakan secara ‘online’ itu, namun pengarah drama Mok Cun ini berkata dia hanya merasa bertanggungjawab untuk mempercepatkan urusan perkahwinan anaknya itu.

Sementara itu, turut hadir dalam majlis itu ialah bekas suami Erma, Bade Haji Azmi.

BACA: “Seperti Beruk Dapat Bunga..” Erma Fatima Tak Faham Ada Yang Bawa Anak Kecil Pergi Membeli-Belah Kala Musim COVID-19

Apa-apapun, tahniah diucapkan buat Erma yang bakal menerima menantu tidak lama lagi.

The post Langgar Adat Merisik Secara Online, Erma Fatima Tekad Cepatkan Urusan Jodoh Anak Lelakinya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.