Ads Top

Main Ad

Muncul Dalam Iklan Promosi Judi ‘Online’, Issey Buat Laporan Polis

Pelawak dan penyampai radio SURIA FM, Issey Titan mendakwa identiti serta gambarnya telah disalah guna individu tidak bertanggungjawab yang mempromosikan judi secara dalam talian.

Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin,34, memberitahu bahawa dia baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara itu apabila ada kenalannya telah mengirim satu video promosi judi dalam talian yang diiklankan menerusi Instagram dan TikTok.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

Dalam video tersebut, dia dilihat sedang bertugas dalam konti radio namun telah disunting serta dijadikan ‘model’ kononnya sedang leka bermain judi dalam talian.

Menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang serius kerana melibatkan nama dan juga tempat mencari rezeki, Issey berharap agar mereka di luar sana tidak terpedaya dengan aktiviti promosi tidak bertanggungjawab itu.

View this post on Instagram

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

Advertisement

“Perkara ini serius sebab fitnah yang boleh membuatkan orang menyangka saya sanggup melakukan apa saja demi wang selain boleh mencalarkan imej stesen radio tempat saya bertugas. Saya harap tidak ada yang terperdaya dengan promosi judi online itu atau menyangka yang bukan-bukan. Ia perlu dihentikan kerana melampau.”

Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa akan membuat satu laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga dan tidak akan mendiamkan diri.

View this post on Instagram

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

Terdahulu, Issey mendedahkan bahawa dia pernah dijadikan ‘model’ dalam sebuah iklan ubat kuat namun ianya diselesaikan secara baik setelah dia menghantar mesej peribadi meminta iklan tersebut diturunkan dengan serta merta.

Sekadar info, Issey yang kini mengendalikan segmen Team Pagi Suria dan Carta Suria Top 40 juga giat melibatkan diri dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan.

The post Muncul Dalam Iklan Promosi Judi ‘Online’, Issey Buat Laporan Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.