Ads Top

Main Ad

“Ni La Dia Kaki Sembang..” Ditegur Beri Bantuan Tanpa Perlu Heboh, Elly Mazlein ‘Sekolahkan’ Balik Netizen

Pelakon dan juga personaliti TV, Elly Mazlein yang lebih mesra disapa sebagai Kak Lina tampil membidas kenyataan sesetengah netizen yang memintanya untuk memberi bantuan tanpa perlu menghebohkan kepada umum.

Menurut pendapat seorang individu di media sosial, Elly tidak perlu mewar-warkan segala bantuan dan pertolongan yang dihulurkan di media sosial.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

“Terbaik buat bagi bantuan. Sebaiknya bantuan sedekah biar la Allah dan orang yang disedekahkan saja yang tau. Tak perlu dihebohkan pertolongan bantuan itu.” tulis individu tersebut.

Elly kemudian memberi pendapatnya yang merasakan setiap pertolongan yang dihulurkan adalah bergantung kepada niat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

“Kalau tak bagi tau macam mana orang lain nak tau yang kami nak bagi bantuan. Maknanya saudara Ebit Lew pun salah cara la? Segalanya bergantung pada niat. Bukan ke cara macam ini juga sedikit sebanyak buat orang lain di luar sana tergerak hati ingin membantu. Ni la dia kaki sembang.” balas pelakon drama Kampung People ini.

Ujar Elly lagi, masyarakat seharusnya berhenti menghukum orang lain dan tidak sewenang-wenangnya membanding-bandingkan serta melakukan kerja Allah S.W.T dalam menilai perbuatan orang lain.

BACA: Bayi Dalam Perut Buat Tanda ‘Good’, Elly Mazlein Syukur Anak Dalam Kandungan Sihat

Terdahulu, Elly ada memohon orang ramai yang sedang mengalami kesulitan serta kesusahan meneruskan hidup seharian untuk menghubunginya  di Instagram agar bantuan dapat dihulurkan kepada orang yang memerlukan.

The post “Ni La Dia Kaki Sembang..” Ditegur Beri Bantuan Tanpa Perlu Heboh, Elly Mazlein ‘Sekolahkan’ Balik Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.