Ads Top

Main Ad

Pelakon Wanita Buka Pekung Sesama Artis, Budak Ijat Anggap Dia ‘Lapar Perhatian’

Pengarah drama terkenal, Shahrulezad ataupun lebih mesra dikenali sebagai Budak Ijat meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang aktres yang tampil menjaja cerita buruk tentang apa yang telah berlaku menerusi aplikasi TikTok.

Meskipun tidak mendedahkan siapa identiti pelakon wanita itu, Shahrulezad berkata tindakan tersebut seolah-olah membuka aib keluarga sendiri.

Advertisement

Ujarnya lagi, perbuatan sedemikian juga seperti mencurah minyak ke dalam api kerana membuatkan industri seni hiburan kelihatan buruk sehingga menimbulkan kebencian sesama kalangan artis.

Perkara tersebut diluahkan pengarah drama Takdir Yang Tertulis itu menerusia sebuah hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Katanya lagi, perkongsian TikTok artis wanita berkenaan dijadikan bahan mengutuk perangai artis dan kisah-kisah tidak enak semasa di set penggambaran sebagai bahan tarikan dan perhatian netizen.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar aktres tersebut berhenti berkongsi mengenai perkara seperti itu di laman sosial.

“Apa motif dia kongsikan perkara itu kepada umum? Dia nak jadi content creator ke pelakon? Dia tak sedar ke apa yang dia buat itu sebenarnya menutup periuk nasinya sendiri.” tulisnya lagi di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Shahrulezad juga memberi kenyataan untuk tidak sesekali bekerjasama dengan artis seperti itu kerana bimbang dijadikan bahan kutukan dan disebarkan kepada orang ramai.

BACA: “Neelofa Ni Sejenis Lapar Perhatian, Sengaja Cari Masalah..”- Shahrulezad ‘Budak Ijat’

The post Pelakon Wanita Buka Pekung Sesama Artis, Budak Ijat Anggap Dia ‘Lapar Perhatian’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.