Ads Top

Main Ad

Pelihara Anjing Kudung Sehingga Hujung Nyawa, Harith Iskander Dan Keluarga Dipuji Peminat

Pelawak dan juga personaliti TV, Harith Iskander baru-baru ini ada meluahkan perasaan sedih di atas pemergian anjing kudung peliharaannya.

Perkara tersebut dikongsikan Harith menerusi sebuah hantaran dedikasi buat anjingnya itu untuk tatapan peminat dan pengikut Instagramnya.

Advertisement

Anjing yang diberi nama Marvella itu merupakan haiwan peliharaan yang telah kudung kedua-dua kakinya dan telah diselamatkan oleh seorang penjaga haiwan.

Dalam hantaran tersebut, Harith telah berkongsikan beberapa keping foto sepanjang dia memelihara Marvella serta menganggap anjing tersebut sebahagian daripada kehidupan mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Marvella difahamkan sering bergerak menggunakan kereta roda yang dibuat khas untuknya.

Menjengah ruangan komen, pemergian anjing tersebut turut mengundang rasa sebak para pengikut media sosial Harith yang sering memuat naik perkembangan Marvella sebelum ini.

Tindakan Harith turut memperoleh pujian daripada netizen yang terharu dengan sikap ambil berat pelawak tersebut terhadap binatang yang cacat dan ditatang dengan kasih sayang sehingga ke hujung nyawa.

BACA: Gembira Dapat Bantu Anjing Berkaki Dua, Harith Iskander Tak Terkesan Dengan Komen Melampau Netizen – ” Saya Percaya Kepada Sikap Kemanusiaan”

The post Pelihara Anjing Kudung Sehingga Hujung Nyawa, Harith Iskander Dan Keluarga Dipuji Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.