Ads Top

Main Ad

Peminat Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Neelofa Dah Hamil?

Sekali lagi mencuri perhatian, selebriti terkenal Neelofa didakwa hamil pula oleh netizen apabila dia ada memuat naik foto terbaru dirinya yang kelihatan sedikit berisi seperti sudah berbadan dua.

Foto tersebut dimuat naik di ruangan Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya Haris Ismail, @Markaztijaari yang memaparkan susuk tubuh mereka berdua mesra berpegangan tangan.

Advertisement

Tampil cantik manis berniqab, Neelofa yang menyarung jubah berwarna coklat itu dikatakan seperti mempunyai ‘baby bump’ setelah lebih tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat mula meninggalkan komen seolah-olah Neelofa kini hamil anak pertama.

“Wah, nampak macam pregnant (mengandung)” tulis seorang peminat.

“Baby bump. Alhamdulillah jika betul..” sahut seorang peminat yang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Terdahulu, desas-desus mengatakan bekas pengacara program meleTOP itu mula muncul apabila dia ada meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian perut dalam sekeping foto yang dimuat naik pada hari raya Aidilfitri yang lalu.

Meskipun hangat diperkatakan, pasangan ini sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai berita tersebut.

Sekadar info, Neelofa dan PU Riz telah selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu dalam sebuah majlis indah yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

BACA: Sebak Tengok Elyana Jalani Rawatan Kanser, Neelofa Hadiahkan Koleksi Tudung Naelofar

The post Peminat Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Neelofa Dah Hamil? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.