Ads Top

Main Ad

Penonton Terkesan, Lakonan Shukri Yahaya Dalam ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ Dipuji

Pelakon Shukri Yahaya berasa amat gembira apabila lakonan beliau dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) dipuji kerana berbeza dengan drama-drama yang sebelum ini pernah dilakonkan olehnya.

Menurut Shukri atau nama sebenar Mohd Shukri Yahaya, dia telah menerima banyak mesej positif dari penonton yang datang dari pelbagai umur dan negara seperti Indonesia dan Brunei.

shukri yahayaSumber : Instagram Shukri Yahaya  

Kata pelakon tersebut ketika ditemubual oleh mStar,

Alhamdulillah… bila dapat tahu RASN ini menerima pujian penonton dan ada yang kata jalan cerita lain daripada lain, sudah tentu kami semua yang terlibat rasa seronok.

Bukan itu saja, saya dapat tahu pelbagai usia dan negara seperti Indonesia, Brunei dan Singapura juga tonton selain orang Malaysia yang dekat negara luar pun layan juga.

Ada juga yang mengatakan mereka terkesan dengan watak saya… mungkin saya rasa sebab cerita ini bukan rekaan semata-mata tetapi sebenarnya ada terjadi di kalangan kita sebab itu ramai yang terasa.

 

Advertisement
View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya)

RASN menampilkan gandingan pelakon hebat Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di slot MegaDrama, Astro Ria.

The post Penonton Terkesan, Lakonan Shukri Yahaya Dalam ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ Dipuji first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.