Ads Top

Main Ad

‘Pic Kat Balai Saya Digari Ke?’ – Zarina Anjoulie Akan Beri Kenyataan Lepas Pulun ‘Review’

Nama selebriti sensasi, Zarina Anjoulie sekali lagi menjadi bualan hangat apabila dia dikaitkan berhubung penangkapan seorang artis wanita yang positif dadah di Nilai, Negeri Sembilan. Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju walau bagaimanapun menegaskan dia hanya berada di rumah sejak semalam.

BACA: “Memang Berada Di Rumah..” Zarina Anjoulie Nafi Dirinya Ditahan Polis Positif Dadah

Advertisement

Terbaru, Anju menerusi perkongsian di Instagram Story berjanji akan memberi penjelasan lanjut berhubung dakwaan tersebut selepas membuat review produk bagi mendapatkan duit. Selebriti ini secara berterus terang berkata mahu mengambil kesempatan viral ini sepenuhnya.

zarina anjoulie dadah

artis wanita kantoi dadah

Tulisnya lagi, dia akan menceritakan apa yang terjadi secara berperingkat supaya jumlah pengikut di Instagramnya semakin bertambah. Malah, Anju juga menafikan lari daripada masalah yang dihadapinya. Dia tidak akan menutup ruangan komen atau menyahaktif akaun.

Advertisement

anju ditahan polis

artis wanita positif dadah

Mengenai gambar viral di balai polis, Anju memohon pengikut bertenang kerana gambar tersebut tidak menunjukkan dia berada dalam keadaan bergari mahupun ditahan reman.

Dalam sesi langsung yang dibuatnya pagi tadi, Anju turut meminta masa selama dua ke tiga hari untuk pulun ‘review’ sebelum mendedahkan hal sebenar.

The post ‘Pic Kat Balai Saya Digari Ke?’ – Zarina Anjoulie Akan Beri Kenyataan Lepas Pulun ‘Review’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.