Ads Top

Main Ad

Positif Dadah Jenis Metamfetamin, Pelakon Wanita Ditahan Polis

Seorang pelakon wanita tempatan dilaporkan telah ditahan pihak polis kerana didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah, baru-baru ini.

Aktres tersebut difahamkan telah ditahan di sebuah kediaman di Kampung Chalet bertempat di Nilai, Negeri Sembilan.

Advertisement
PDRM LogoSumber : Google  

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai iaitu Supt Mohd Fazley Ab Rahman di mana dia memaklumkan bahawa wanita berusia 34 tahun itu telah ditangkap oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai yang membuat sebuan di rumah berkenaan.

UnknownSumber : Google  

“Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine..”

Memetik Bernama, suspek juga telah diberi jaminan polis setelah selesai memberi keterangan.

Mohd Fazley berkata bahawa kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum sebanyak RM5,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

BACA: ‘Live’ Bersama Budak Bawah Umur, Usahawan Kosmetik Ditahan Polis

The post Positif Dadah Jenis Metamfetamin, Pelakon Wanita Ditahan Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.