Ads Top

Main Ad

‘Puas Hati Kau Wahai Pengadu?’ – Lan Solo Disaman Atas Tuduhan Halang Jalan

Kejadian berlaku pada pagi semalam, penyanyi Lan Solo ungkap rasa kecewa apabila ada individu yang tidak berpuas hati kepada dirinya sehinggakan dia disaman.

BACA: Kini Buka Kedai Runcit, Lan Solo Akui Tidak Mudah Untuk Hidup Senang – “Orang Tak Nampak Kami Struggle Dari Bawah!”

Advertisement

Lan Solo disaman oleh dua orang penguatkuasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ketika sedang melalukan kerja-kerja pemunggahan stok untuk kedai runcitnya yang terletak di Puchong Prima, Selangor.

MBSJ datang lagi. Puas hati kau wahai pengadu? Waktu aku angkut barang dari kontena, masa itulah ada orang buat aduan dan MBSJ terus datang buat kerja. Allahuakbar.

Menurut MBSJ, penyanyi tersebut disaman atas kerana lori kontena yang membawa stok itu telah menghalang laluan lalu lintas orang ramai.

Lan SoloSumber : Instagram Lan Solo  

 

Melihat di dalam hantaran video yang dimuatnaik dalam Instagram Lan, jelas mukanya kelihatan kecewa kerana dituduh menghalang jalan sedangkan ketika itu laluan tersebut sama sekali tidak sibuk dan membuatkan dirinya tidak semena-menanya disaman pagi itu.

The post ‘Puas Hati Kau Wahai Pengadu?’ – Lan Solo Disaman Atas Tuduhan Halang Jalan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.