Ads Top

Main Ad

“Rasa Macam Mimpi!” Terima Panggilan Permaisuri Agong, Siti Elizad Rasa Tak Percaya

Pelakon dan juga penyampai radio, Siti Elizad meluahkan rasa terharu apabila dihubungi sendiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bertanyakan khabar tentang dirinya.

Seperti sudah terubat kesedihan, Elizad berasa gembira kerana kesudian Tuanku Permaisuri yang memaklumkan turut mengikuti kisah tular berhubung gelaran mandul yang dilemparkan kepadanya oleh seorang individu di media sosial, baru-baru ini.

Advertisement

BACA: Jejak Pengguna Facebook Zain Rashdan, Siti Elizad Ambil Tindakan Undang-Undang

“Hari ini sangat menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Azizah yang bertanyakan keadaan saya. Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya ‘mandul’ tempoh hari. Perkara ini sangat menyentuh hati saya setelah mendapat panggilan telefon Permaisuri.”

Ujar pelakon drama Teman Lelaki Upahan ini lagi, Tuanku Permaisuri juga merupakan idolanya dalam perjalanan untuk melakukan In Vitro Fertilisation (IVF) iaitu sejenis kaedah untuk mendapatkan zuriat.

Advertisement

Katanya lagi, Tuanku Permaisuri turut menitipkan kata-kata semangat dan bercerita sendiri pengalamannya melakukan rawatan IVF sebanyak 17 kali sebelum ini.

Terdahulu, selain daripada digelar mandul, Elizad juga pernah dihina dengan kata-kata kesat oleh individu tidak bertanggungjawab seperti tidak menunaikan solat dan menjadi punca masih tidak dikurniakan zuriat meskipun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.

Sekadar info, Siti Elizad telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015 yang lalu.

The post “Rasa Macam Mimpi!” Terima Panggilan Permaisuri Agong, Siti Elizad Rasa Tak Percaya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.