Ads Top

Main Ad

Rita Rudaini Sasar Bersara Sebelum Usia 50 Tahun

Setelah hampir 15 tahun berkecimpungan dalam bidang seni lakonan, pelakon Rita Rudaini memberitahu dirinya telah meletakkan sasaran untuk bersara daripada kerjaya tersebut sebelum umurnya mencecah 50 tahun.

BACA: ‘Sudah Tak Diperlukan Lagi, Apakan Daya..’ – Farid Kamil Sedia Bersara

Advertisement

Menurut Rita, 45, perancangan untuk bersara itu telah difikirkan untuk jangka masa yang lama kerana ingin menikmati kehidupan sebenar selain ingin meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anaknya.

Ikutkan saya punya perancangan dalam tiga atau empat tahun lagi sebelum usia mencecah 50 tahun, saya nak berhenti berlakon.  Sebagai persediaan, saya buat perniagaan produk wangian dan selagi ada peluang saya ambil walaupun kecil, janji ada rezeki. Asalkan anak-anak ada tempat berlindung dan cukup makan pakai, saya bersyukur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Dalam pada masa yang sama, pelakon tersebut turut mengakui juga mempunyai zaman gelap dimana dia tidak dapat menjaga solat dengan sempurna, namun niatnya bercerita bukan untuk membuka aibnya tetapi ingin mereka diluar sana menjadikannya sebagai pengajaran.

Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  

 

Rita turut berkongsi pengalamannya sebagai ibu tunggal buat dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna hasil dari perkahwinannya bersama bekas suaminya, Aidil Zaufan Abdul.

The post Rita Rudaini Sasar Bersara Sebelum Usia 50 Tahun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.