Ads Top

Main Ad

Safiey Illias Live IG Dengan Budak Bawah Umur, Pensyarah Buat Laporan Polis

Tular di media sosial apabila usahawan kosmetik terkenal, Safiey Illias telah melakukan Instagram Live bersama dengan budak bawah umur sekitar jam 2 pagi pada Rabu.

Gara-gara itu, netizen mendapati ada unsur-unsur kesalahan seksual telah dibuat terhadap dua kanak-kanak tersebut.

Enggan menjadikan perkara itu sebagai normal dalam masyarakat kini, seorang pensyarah telah tampil membuat laporan polis terhadap Safiey ekoran daripada peristiwa itu.

Ujar Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menerusi sebuah hantaran di Facebooknya, laporan tersebut dibuat atas dakwaan berdasarkan tiga kesalahan di bawah akta dan peraturan di Malaysia.

Tulisnya di Facebook, laporan itu dibuat kerana dirasakan terlalu banyak tolak ansur dan ‘memberi muka’ terhadap golongan Instafamous ini.

BACA: Berdepan Hukuman Penjara Tujuh Tahun, Safiey Illias Mengaku Bersalah Cederakan Instafamous Baby Ara

Dia dalam pada itu turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak ketika menggunakan telefon bimbit agar tidak terjebak dengan perkara seperti ini.

Terdahulu, Safiey bersama seorang lagi individu dikatakan telah memberi galakan kepada dua kana-kanak tersebut untuk menari seperti di kelab malam selain mengajar keduanya mengambil bahan terlarang.

The post Safiey Illias Live IG Dengan Budak Bawah Umur, Pensyarah Buat Laporan Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.