Ads Top

Main Ad

‘Saya Gelak Sajalah..” – Catriona Ross Tak Terkesan Dengan Kata-Kata Suhaimi Saad

Pelakon Catriona Ross memberitahu dia langsung tidak terkesan dengan kata-kata yang telah dikeluarkan oleh bekas kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad mengenai dirinya menegur sikap segelintir rakyat yang degil melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewenang-wenangnya.

BACA: “Simpan Kau Punya B*doh Dan B*ngai Tu..” – Suhaimi Saad Bidas Kenyataan Catriona Ross Isu Balik Kampung Ketika PKP

Menurut pelakon tersebut, dia sama sekali tidak mengenali siapa Suhaimi sehinggalah mendapat maklum balas daripada orang sekelilingnya perkara itu.

catriona rossSumber : Instagram Catriona Ross  

Ketika ditemubual oleh Harian Metro, dia berkata,

Pada permulaannya, saya memang tak tahu dia siapa (Suhaimi). Tapi, selepas mendapat tahu bahawa dialah orang yang mempercayai bahawa bumi ini leper, anti vaksin dan pelbagai isu lagi, saya gelak sajalah.

Ditambah, Allahyarham ibu saya ada mengajar bahawa Imam Shafie pernah berkata, “aku rela berdebat dengan seorang yang bijak pandai daripada orang yang tidak tahu apa. Kata-kata ini sudah saya pegang sejak kecil lagi.

Menurut Catriona atau lebih mesra dipanggil Kak Kek berkata selepas dia mengetahui perkara itu, dia menyifatkan orang seperti Suhaimi ini bukanlah orang yang patut untuk disembang-sembang lagi.

The post ‘Saya Gelak Sajalah..” – Catriona Ross Tak Terkesan Dengan Kata-Kata Suhaimi Saad first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.