Ads Top

Main Ad

Selepas 2 Minggu, Ain Edruce Kongsi Wajah Dan Nama Anak Sulung

Umum pastinya seronok apabila mengetahui bahawa pasangan Ain Edruce dan Amirul Hafiz selamat menimang cahaya mata sulung mereka baru-baru ini.

BACA: “Daddy Menang Kali Ni…” Syukur Proses Bersalin Lancar, Ain Edruce Umum Dapat ‘Baby Girl’

Selepas dua minggu melahirkan bayi perempuan mereka, pasangan itu akhirnya mendedahkan wajah anak sulung mereka itu yang dinamakan sebagai Soraya.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

Menerusi laman YouTube mereka, Ain dan Amirul berkongsi cerita mengenai pengembaraan pertama sebelum bersalin dan berpantang selepas kelahiran Soraya.

Malah pelakon dan pengacara itu turut melayan soalan peminat di Instagram. Daripada video tersebut, Ain mendedahkan bahawa dia bersalin secara normal namun dibantu oleh epidural. Bahkan dia dilihat tenang sepanjang proses melahirkan Soraya.

soraya anak ain edruce

Dalam ruangan video tersebut, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan gembira melihat sinaran bahagia yang terpancar di wajah pasangan tersebut.

The post Selepas 2 Minggu, Ain Edruce Kongsi Wajah Dan Nama Anak Sulung first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.