Ads Top

Main Ad

Sempena Hari Jadi Ke-26, Dini Schatzmann Hadiahkan Janna Nick Vespa Harga Belasan Ribu Ringgit?

Rasanya semua tahu mengenai hubungan antara Janna Nick dan Dini Schatzmann kan? Kedua pelakon ini langsung tak kisah berkongsi momen sweet mereka untuk tatapan peminat di laman media sosial.

Malah Dini juga sentiasa menyokong kekasihnya, tambahan pula apabila Janna secara terbuka mengakui bahawa dia menghidapi masalah bipolar baru-baru ini.

BACA: ‘I Cut My Own Wrists’ – Janna Nick Dedah Hidap Bipolar Disorder, Pernah Cuba Bunuh Diri

Terbaru, pelakon lelaki kacukan itu dilihat telah menyambut hari jadi Janna dengan meriahnya. Malah mereka memuat naik momen indah tersebut di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Advertisement

Lebih mengujakan apabila Dini dilihat menghadiahkan gadis yang baru sahaja mencecah usia 26 tahun itu dengan sebuah vespa berwarna merah.

Menurut Murai, daripada tinjauan harga, vespa berkenaan mencapai harga puluhan ribu ringgit. Nampak betul sayang Dini pada Janna kan?

vespa janna nickSumber : Zigwheels  

Dalam ruangan komen juga, para peminat melahirkan rasa cemburu melihat layanan Dini buat kekasihnya itu selain berharap agar mereka berdua akan cepat-cepat disatukan tak lama nanti.

The post Sempena Hari Jadi Ke-26, Dini Schatzmann Hadiahkan Janna Nick Vespa Harga Belasan Ribu Ringgit? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.